Lebih dua tan durian Pontian di hantar ke Terengganu

Noriman (kanan) menunjukkan durian yang di Peladang Outlet Kampung Parit Panjang Ayer Baloi, Pontian.
Noriman (kanan) menunjukkan durian yang di Peladang Outlet Kampung Parit Panjang Ayer Baloi, Pontian.
A
A
A

PONTIAN - Sebanyak dua tan metrik durian kampung, musang king dan D13 dari daerah ini akan dihantar ke Kemaman Terengganu minggu hadapan.

Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Ayer Baloi, Noriman Sewito berkata, tempahan raja buah itu merupakan yang terbesar pernah diterima sejak durian mula gugur pada awal Jun ini.

Katanya, usaha PPK Ayer Baloi memasarkan durian menerusi Facebook mendapat sambutan di negeri berkenaan.

"Mungkin ramai tidak tahu di mana terletaknya Ayer Baloi.

Sebuah pekan kecil yang mempunyai banyak kampung dan mengeluarkan hasil pertanian seperti durian.

"Penggunaan laman sosial seperti Facebook banyak membantu pemasaran hasil pertanian walaupun masih dalam tempoh Sekatan Pergerakan Penuh.

"Sejak durian mula gugur pada awal bulan ini, lebih lima tan durian pelbagai jenis telah dijual dengan menghantar hasil durian kepada pembeli di sekitar Johor Bahru dan Pasir Gudang," katanya ketika ditemui pada Selasa.

Durian yang dikumpulkan di Peladang Outlet Kampung Parit Panjang, Ayer Baloi Pontian.
Durian yang dikumpulkan di Peladang Outlet Kampung Parit Panjang, Ayer Baloi Pontian.

Artikel Berkaitan:

Noriman berkata, harga durian kampung serendah RM9 sekilogram menjadi tarikan jualan raja buah itu selain turut menawarkan jualan isinya dengan harga serendah RM10.

"Bekalan durian tidak pernah putus dan kami dapat memenuhi permintaan pelanggan.

Pelanggan tidak perlu khuatir untuk rentas negeri atau daerah kerana tempahan boleh dilakukan menerusi Facebook kami," katanya.

Dalam pada itu, Nuriman memberitahu, bukan sahaja pekebun durian tetapi petani turut dibantu memasarkan hasil pertanian mereka ketika tempoh Sekatan Pergerakan Penuh.

"Terdapat 15 komuniti dengan 30 pemasar atau pekebun di bawah PPK Ayer Baloi.

Pusat pemasaran Peladang Outlet sentiasa dibuka bagi membantu petani memasarkan hasil pertanian seperti sayur- sayuran, nanas dan jagung," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!