Polis siasat tular Ahli Parlimen Batu Pahat 'kenduri' durian
BATU PAHAT - Polis akan menyiasat dakwaan Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Rashid Hasnon dan beberapa individu lagi menikmati durian di sebuah kebun dipercayai dalam daerah ini.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, satu laporan polis sudah dibuat berkenaan video yang tular di media sosial itu dan kertas siasatan sudah dibuka.
"Siasatan dijalankan di bawah Peraturan 18(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurutnya, polis akan memanggil ahli Parlimen berkenaan dan mereka yang terlibat dalam video tersebut untuk membantu siasatan.
Beliau turut memohon orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!