Hina raja: NGO Pahang lapor polis

Nor Aliff (dua, kiri) bersama tiga NGO membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan bagi membolehkan siasatan dilakukan terhadap individu hina Intitusi Beraja.
Nor Aliff (dua, kiri) bersama tiga NGO membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan bagi membolehkan siasatan dilakukan terhadap individu hina Intitusi Beraja.
A
A
A

KUANTAN - Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) pada Selasa membuat laporan polis ke atas pemilik akaun Twitter yang menggunakan nama @imnsfeaz kerana didakwa mengeluarkan kenyataan mencerca institusi beraja di negara ini.

Timbalan Presiden MBNP, Nor Aliff Yaakob berkata, perbuatan individu itu disifatkan biadab, kurang ajar dan satu penderhakaan kepada Yang Dipertua Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan kerabat diraja.

Menurutnya, tindakan tidak bertanggungjawab itu juga mengguris perasaan terutama rakyat Pahang.

"Laporan ini dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menahan pelaku kerana mengeluarkan kata-kata jelik.

"Kita harap pihak yang terlibat dikenakan tindakan berdasarkan peruntukan di bawah Akta Hasutan dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia," katanya ketika ditemui di Bandaraya Kuantan pada Selasa.

Selain MBNP, tiga lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Majlis Belia Daerah Kuantan, Young Malaysia Movement dan Gerakan Belia 4b Malaysia Negeri Pahang turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.

Nor Aliff memberitahu, mereka membuat laporan polis selepas menerima tangkap layar melalui WhatsApp pada Isnin.

"Saya percaya bahawa kenyataan pelaku menggunakan akaun itu untuk menghina institusi beraja dan menghasut masyarakat awam membenci sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen yang menjadi asas kepada penubuhan Persekutuan Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!