Bomba selamatkan monyet terperangkap di tangki air

Anggota bomba mengeluarkan monyet yang terperangkap di bahagian tangki air sebuah rumah teres di Simpang Renggam pada Selasa.
Anggota bomba mengeluarkan monyet yang terperangkap di bahagian tangki air sebuah rumah teres di Simpang Renggam pada Selasa.
A
A
A

KLUANG - Tiga ekor monyet berjaya diselamatkan selepas dikesan terperangkap hampir lima hari di bahagian tangki simpanan air sebuah rumah teres di Simpang Renggam di sini pada Selasa.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Pegawai Bomba Kanan II, Abdul Rahim Razali berkata seramai lapan anggota bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.25 pagi.

"Setibanya anggota di lokasi, terdapat enam ekor monyet terperangkap di bahagian tangki simpanan air sebuah rumah teres satu tingkat.

"Ketika kejadian, monyet tersebut dipercayai bermain di atas bumbung di rumah tersebut tetapi terjatuh ke bahagian tangki simpanan air dan telah terperangkap hampir lima hari di situ.

"Daripada enam ekor monyet tersebut, tiga ekor telah mati. Ibu monyet melarikan diri selepas terkejut kehadiran anggota bomba," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Menurut Abdul Rahim, anggotanya bertindak memasang tangga untuk memudahkan kerja-kerja menangkap dan menyelamat tiga ekor monyet yang masih hidup.

"Anggota bomba mengambil masa hampir setengah jam bagi menangkap monyet yang bertindak agresif.

"Monyet yang ditangkap ini kemudian dilepaskan di kawasan hutan yang jauh daripada penempatan awam," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!