Minta Abdul Hadi beri bukti

Azan
Azan
A
A
A

KUALA TERENGGANU – PKR Terengganu meminta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tampil kemukakan bukti maklumat yang diperolehi parti itu berhubung rancangan undi tidak percaya terhadap Perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusinya, Azan Ismail berkata, Abdul Hadi tidak wajar bercakap sebarangan tanpa bukti, kelak bakal menjejaskan imejnya sebagai ulama.

Menurutnya, beliau meragui kata-kata Abdul Hadi selagi tiada bukti diberikan kerana mempunyai pengalaman tidak baik dengan pemimpin utama Pas itu dalam kerjasama pembangkang pada PRU13.

“Kemukakan bukti dulu sebab kita sudah lalui perkara ini semasa PRU13, selepas pembahagian kerusi tiba-tiba dalam satu ceramah, umum calon PKR terlibat dengan dadah. Dia kata ada maklumat dan bukti kukuh.

“Rupa-rupanya bohong, dia langsung tidak ada maklumat kerana apa yang diperolehinya adalah tohmahan dan cakap-cakap (hearsay) sahaja.

“Jadi bila sekarang dia kata ada maklumat saya sangat-sangat meragui. Pandangan saya kepada Abdul Hadi, sudah-sudahlah bawa isu yang dia sendiri tidak ada maklumat dan bukti jelas,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Abdul Hadi sebelum ini menyifatkan kalau tiada angin masakan pokok bergoyang dalam isu dakwaan wujudnya dua parti komponen PH merancang menyingkirkan Perdana Menteri melalui undi tidak percaya.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, pihaknya mempunyai maklumat dan sebab itu, Pas akan memberikan sokongan kepada Dr Mahathir demi kepimpinan orang Islam walaupun sebagai pembangkang.

Artikel Berkaitan:

Ditanya mengenai dakwaan undi tidak percaya itu, Azan menafikan wujudnya perkara seumpama itu sebaliknya mengharapkan kepimpinan PH bertambah kukuh dan peralihan kuasa dalam berjalan dengan baik demi kepentingan rakyat.

“Kalau asyik bercerita gerakan memecah belahkan, yang jadi mangsa adalah rakyat. Cukuplah-cukuplah,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!