35 PATI 'bersembunyi' ditahan

Sebahagian warga asing yang ditahan dalam ssrbuan itu atas pelbagai kesalahan.
Sebahagian warga asing yang ditahan dalam ssrbuan itu atas pelbagai kesalahan.
A
A
A

MELAKA - Tindakan 35 pendatang asing tanpa izin (PATI) bersembunyi di tempat gelap ketika diserbu Jabatan Imigresen Malaysia Melaka gagal selepas ditahan di tapak pembinaan projek perumahan di Tanjung Minyak, di sini malam Isnin.

Kesemua mereka yang ditahan dalam operasi bersepadu itu berusia di antara 25 hingga 45 tahun termasuk lelaki warga Indonesia dan Bangladesh.

Pengarah Imigresen negeri, Anirwan Fauzee Mohd Aini berkata, hasil pemeriksaan mengesan beberapa kes pekerja warga asing yang menyalahgunakan dokumen perjalanan untuk menetap di negara ini dalam tempoh masa dibenarkan selain bekerja secara haram.

Menurutnya, susulan pemeriksaan itu, 25 PATI didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/ 63 kerana tiada dokumen perjalanan sah manakala lima lagi mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal tempoh lebih masa.

"Serbuan selama lima jam bermula jam 11 malam itu telah memeriksa seramai 171 pekerja warga asing. Daripada jumlah itu 35 individu didapati melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1957/63," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut, serbuan yang disertai seramai 44 pegawai dan anggota JIM Melaka dan dibantu Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

"Kita turut menahan lima PATI mengikut kesalahan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan dengan bekerja secara tidak sah.

"Kita berharap orang ramai bekerjasama dan dapat menyalurkan maklumat berkaitan PATI supaya tindakan penguatkuasaan dapat dijalankan tanpa kompromi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!