Sultan Sharafuddin berkenan dengar taklimat Kampung Baru

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan bergambar bersama selepas menandatangani plak pelancaran ketika berkenan mengadakan lawatan sempena memperkenalkan produk hospitaliti di Tamu Hotel hari ini.Turut berangkat Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin (lima, kiri) dan Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah Al-Haj (dua, kanan). Turut sama Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (empat, kiri), Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad (tiga, kanan), Pengarah Urusan Kumpulan Zikay Group Datuk Mohd Khay Ibrahim (empat, kanan), dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Zikay Group Datuk Iszhar Ibrahim (kanan).- Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini melihat secara langsung pertumbuhan pesat Kampung Baru ketika mengadakan lawatan ke TAMU Hotel & Suites di Kampung Baru di sini.

Ketibaan baginda pada pukul 11 pagi diiringi Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Turut mengiringi baginda, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan isteri, Datin Seri Shamsidar Taharin serta Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad.

Baginda diberi taklimat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kampung Baru Zulkurnain Hassan mengenai rancangan pembangunan untuk Kampung Baru dengan kemajuan yang berpotensi pada masa akan datang.

Baginda berdua turut meninjau kemudahan yang terdapat di hotel yang mula beroperasi Februari tahun lepas selain turut diberi taklimat berhubung pembangunan hotel setinggi 42 tingkat itu, yang menelan kos pembinaan RM200 juta yang dilengkapi 276 bilik serta 129 servis suite.

Baginda berdua meluangkan masa hampir tiga jam di hotel berkenaan sebelum berangkat pulang kira-kira pukul 2 petang.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Zikay Group, Datuk Mohd Khay Ibrahim ketika ditemui pemberita berkata, lawatan yang diadakan pada hari ini adalah lawatan peribadi baginda yang sangat mengambil berat mengenai Kampung Baru.

"Menerusi lawatan ini, baginda berpeluang melihat lebih dekat pembangunan di Kampung Baru melalui pemandangan dari atas. Hotel ini merupakan bangunan ikonik di Kampung Baru yang boleh dianggap sebagai permata kerana lokasinya yang strategik berada ditengah-tengah segi tiga emas Kuala Lumpur," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mohd Khay yang merupakan anak jati Kampung Baru berkata pembinaan hotel tersebut adalah projek pertama Zikay Group di Kampung Baru dan tidak menolak akan ada lagi projek seumpama itu di kawasan berkenaan.

"Pembangunan di Kuala Lumpur tidak sampai ke Kampung Baru mendorong kami berani mengambil langkah awal dan menampakkan berhasil dengan terbangunnya hotel bertaraf empat bintang ini dan berharap akan ada projek lain menyusul," katanya.

Beliau juga terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk membangunkan kawasan Kampung Baru dengan mengekalkan tradisi dan identiti Islam, Melayu di kawasan tersebut.- Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!