Menteri Jepun mohon maaf lewat tiga minit

Menteri Olimpik Jepun, Yoshitaka Sakurada. - Foto Reuters
Menteri Olimpik Jepun, Yoshitaka Sakurada. - Foto Reuters
A
A
A

TOKYO - JEPUN . Menteri Olimpik Jepun, Yoshitaka Sakurada, memohon maaf secara terbuka selepas tiba tiga minit lewat ke sebuah mesyuarat Parlimen, Khamis lalu.

Ahli Parlimen pembangkang menyifatkan kelewatan Sakurada sebagai sikap tidak hormat terhadap jawatannya dan bertindak memboikot mesyuarat jawatankuasa belanjawan selama lima jam sebagai tanda protes.

Tahun lalu, Sakurada yang juga menteri keselamatan siber membuat pengakuan mengejutkan bahawa beliau tidak pernah bekerja menggunakan komputer dan sering mengarahkan orang bawahannya untuk menyiapkan tugasan.

Terbaharu, Sakurada turut dikecam ramai apabila meluahkan rasa kecewa susulan berita atlet renang Olimpik, Rikako Ikee yang disahkan menghidap leukaemia.

"Rikako Ikee berpeluang memenangi pingat emas pada Kejohanan Tokyo 2020, saya berasa amat kecewa dengan berita tersebut," kata Sakurada yang kemudian dipaksa memohon maaf susulan kritikan pelbagai pihak berhubung kenyataannya itu. - BBC

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!