Penganggur dipenjara 5 tahun
KOTA BHARU - Seorang penganggur dihukum penjara lima tahun di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, selepas mengaku salah memiliki pisau pemotong daging dan peralatan pecah rumah, empat tahun lalu.
Hukuman diputuskan Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin selepas Mohd Hafiz Sharhan Ghani, 35, mengaku salah atas tiga tuduhan yang dikemukakan.
Tertuduh didakwa pada tuduhan memiliki pisau daging dan pisau kecil di Kampung Guchil Bayam, di sini, pada jam 4 pagi, 23 Februari 2015.
Tertuduh juga mengaku pada tuduhan memiliki peralatan untuk pecah rumah iaitu dua besi pengcungkil tayar berukuran 28 sentimeter (cm); pengcungkil tayar berukuran 25 cm; besi kuku kambing sepanjang 43 cm; sebatang spanar muncung tirus dan sebatang besi pemotong pada masa, tarikh dan lokasi sama.
Tertuduh juga pada masa, tarikh dan lokasi sama gagal mengemukakan kad pengenalan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!