Kluster kilang kurang 10 peratus

No Image Caption
A
A
A

MEMANG banyak netizen yang kecam kerajaan kerana benarkan kilang dan sektor pembuatan dibuka sewaktu PKP. Mereka salahkan sektor kilang yang menyebabkan banyak kes jangkitan.

Setelah dibuat lockdown pun jumlah jangkitan tidak berkurang juga.

Semalam (Isnin), Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tuk Seri Azmin Ali jelaskan kurang daripada 10 peratus kes jangkitan datangnya dari sektor perkilangan dan pembuatan.

Kata beliau, berdasarkan maklumat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 75 peratus kes jangkitan pada masa ini datangnya dari dalam komuniti sendiri. Maksudnya virus itu sudah ada di tengah masyarakat.

Kata Tuk Seri Azmin, sektor yang dibuka melibatkan pengeluaran barang dan perkhidmatan perlu atau essential goods and services sahaja. Kata beliau lagi banyak syarikat Malaysia menyumbang pada bekalan barangan dan perkhidmatan global.

Kerajaan tidak mahu memutuskan rangkaian pengeluaran itu.

Awang rasa munasabah juga pandangan beliau. Tapi macam biasalah fakta itu tak sampai pada rakyat lebih awal. Kalau sampai pun dah terlambat.

Di bawah sana rakyat dah marah. Mereka rasa tak adil rumah ibadah semua agama termasuk masjid dan surau ditutup tapi kilang dibuka.

Artikel Berkaitan:

Macam-macam kecaman mereka pada MITI yang benarkan pada kilang-kilang itu untuk beroperasi.

Awang salahkan kerajaan sendiri yang gagal beri penerangan yang pantas dan berkesan.

Apabila tiada maklumat yang cukup, orang buat andaian dan spekulasi dan percaya pada sumber yang tidak sahih. Nak salahkan siapa?

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!