Argentina dalam prestasi terbaik

Gomez (kanan) meraikan jaringan bersama Messi semasa aksi menentang Bolivia pada aksi kumpulan Copa America 2021 di Arena Pantanal, Cuiaba, Brazil. FOTO: AFP
Gomez (kanan) meraikan jaringan bersama Messi semasa aksi menentang Bolivia pada aksi kumpulan Copa America 2021 di Arena Pantanal, Cuiaba, Brazil. FOTO: AFP
A
A
A

ARGENTINA disifatkan berada dalam prestasi terbaik untuk mencipta impak lebih positif pada saingan Copa America 2021 selepas melabuh tirai kempen fasa kumpulan dengan kemenangan bergaya 4-1 ke atas Bolivia pada Selasa.

Menurut pemain Argentina, Giovani Lo Celso, tiga mata tersebut juga melebarkan rentak kemenangan La Albiceleste dalam 17 perlawanan, yang mana kali terakhir tewas dalam pertandingan berprestij benua Amerika Selatan tersebut ketika tewas kepada Brazil pada saingan separuh akhir.

"Sejujurnya, kami berada pada prestasi terbaik untuk mencipta impak lebih positif pada saingan berikutnya sekaligus mengakhiri kemarau kejuaraan sekian lama.

"Secara keseluruhannya pemain-pemain Argentina matang dalam permainan dan paling penting berjaya mengekalkan fokus serta mengetahui tugas masing-masing sepanjang perlawanan.

"Prestasi kami semakin baik setiap hari dalam setiap perlawanan, walaupun bermula hambar. Kini pusingan yang amat dinanti-nantikan semua pemain Argentina iaitu fasa kalah mati," kata Lo Celso, yang dimasukkan pada babak kedua.

Pada aksi itu, Kapten Argentina, Lionel Messi memacu La Albiceleste ke pusingan lapan terbaik dalam kelas tersendiri apabila membelasah Bolivia 4-1 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan.

Tiga mata dalam aksi Kumpulan A di Arena Pantanal, Cuiaba itu juga lebih manis apabila menyaksikan bintang sensasi kelab liga Sepanyol, Barcelona FC itu meledak dua gol di babak pertama pada minit ke-32' dan minit ke-41' untuk penampilan ke 148 bersama Argentina.

Alejandro Gómez sebelum itu meletakkan skuad kendalian Lionel Scaloni di depan seawal minit kelima perlawanan diikuti jaringan bintang sensasi muda berusia 23 tahun kelab liga Inter Milan, Lautaro Martínez pada minit ke-64'.

Artikel Berkaitan:

Bolivia dibimbing Cesar Farias yang tampil lebih bertenaga pada babak kedua berjaya mengurangkan defisit gol hasil sentuhan pemain tengah berusia 25 tahun yang menyarung jersi kelab liga Bolivar, Club Bolivar, Erwin Saavedra pada minit ke-60'.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!