UCYP, KYP, MTNP terima pensijilan antirasuah ISO 37001

Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) menjadi institusi yang pertama di Pahang dan Malaysia memperolehiensijilan ISO 37001: 2016 Anti-Bribery Management System (ABMS).
Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) menjadi institusi yang pertama di Pahang dan Malaysia memperolehiensijilan ISO 37001: 2016 Anti-Bribery Management System (ABMS).
A
A
A

KUANTAN - Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP) dan Kolej Yayasan Pahang (KYP) menjadi institusi pengajian tinggi (IPT) pertama di Pahang dan negara ini yang menerima Pensijilan ISO 37001: 2016 Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS).

Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) pula menjadi institusi pertama di Pahang dan Malaysia yang memperoleh pensijilan itu dalam kategori Maahad Tahfiz manakala YP Plantation Holdings Sdn Bhd ( YPPH) sebagai syarikat perladangan pertama di Pahang dan ketiga di Malaysia yang menerima pensijilan itu selepas FGV dan Sime Darby.

Menurut Yayasan Pahang, kejayaan itu merupakan hasil usaha anak-anak syarikat berkaitan sejak awal tahun 2020 bermula dengan program kesedaran, pembangunan dokumen, penilaian risiko rasuah dan pelbagai aktiviti lain yang berkaitan mengikut keperluan standard ABMS yang telah ditetapkan.

“Segala usaha ini mendapat sokongan penuh daripada Ahli Lembaga Pengarah YP dan Kumpulan.

“Walaupun berhadapan dengan kekangan disebabkan wabak Covid-19, hasil kerjasama dan komitmen semua pihak, anak syarikat YP berjaya memperoleh pensijilan itu setelah melalui dua fasa pengauditan oleh SIRIM pada November dan Disember tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Kata kenyataan itu lagi, melalui pensijilan tersebut, anak syarikat YP berada terkedepan daripada anak syarikat lain dalam kalangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri Pahang dalam persediaan berhadapan Peruntukan Liabiliti Korporat, Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Pindaan 2018).

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!