Muhyiddin masuk hospital
PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dimasukkan ke hospital pagi ini selepas mengalami diarea sejak Selasa.
Perkara tersebut dimaklumkan Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada Rabu.
“Sehubungan itu beliau telah didaftar masuk ke sebuah hospital di ibu negara pagi ini untuk menerima rawatan dan pemantauan,” kata kenyataan tersebut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!