Lebih 880 maut, 126 dihukum mati sejak rampasan kuasa di Myanmar

Lebih 5,000 orang awam ditahan kerana membantah rampasan kuasa oleh tentera Myanmar. - Foto AFP
Lebih 5,000 orang awam ditahan kerana membantah rampasan kuasa oleh tentera Myanmar. - Foto AFP
A
A
A

NEW YORK - Sekurang-kurangnya 883 orang awam terbunuh di tangan tentera Myanmar manakala 126 lagi dihukum mati sejak rampasan kuasa tentera awal Februari lalu, lapor Sputnik.

"Menurut laporan pasukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Myanmar, tentera telah membunuh sekurang-sekurangnya 883 orang awam tidak bersenjata manakala 40 lagi dilaporkan meninggal dunia ketika dalam tahanan.

"Selain itu, 60 kanak-kanak turut menjadi korban sejak rampasan kuasa itu.

"Seramai 5,202 ditahan kerana membantah rampasan kuasa tentera dan daripada jumlah itu 126 dihukum mati," kata jurucakap PBB Stephane Dujarric.

Beliau berkata, PBB di Myanmar mengutuk sekeras-kerasnya kekerasan melampau tentera termasuk penggunaan peluru hidup, tambahnya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!