Tiada perhimpunan Black Democracy di Perak

Faridalathrash Wahid
Faridalathrash Wahid
A
A
A

IPOH - Tiada perhimpunan haram Black Democracy diadakan di Perak setakat ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, berdasarkan risikan dan pemantauan pihaknya, didapati tiada sebarang penganjuran aktiviti berkenaan di negeri ini.

"Belum ada dikesan sebarang penganjuran atau aktiviti itu di Perak," katanya ringkas kepada pemberita pada Rabu.

Pada Isnin tular di media sosial video berdurasi dua minit 40 saat, seorang individu memakai topeng muka mengajak orang ramai berhimpun pada jam 12 tengah hari, Rabu di beberapa lokasi seluruh negara bagi membantah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerusi 'operasi' dikenali sebagai Black Democracy.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim, dilaporkan berkata, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas mereka yang dikesan melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!