Khairy, Nurul Izzah dan Rafizi dipilih jadi calon PM ke-9

Gambar dari kiri: Khairy Jamaluddin,Nurul Izzah, Rafizi Ramli
Gambar dari kiri: Khairy Jamaluddin,Nurul Izzah, Rafizi Ramli
A
A
A

SHAH ALAM - Majoriti responden dari bandar memilih Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli sebagai calon Perdana Menteri kesembilan.

Profesor Adjung dan Pengarah Inovasi Sosial dan Perubahan (SLAS) Taylor's University, Anas Zubedy berkata, ia berikutan hasil kajian yang dijalankan secara dalam talian bertajuk ‘Siapa PM Selepas TS Muhyiddin?’ oleh beliau baru-baru ini.

Menurut beliau, ketiga-ketiga calon berkenaan berjaya meraih undian tertinggi dan ia sekali gus menunjukkan rakyat percaya dengan tugas dan tanggungjawab yang dipikul.

“Selain itu, ada juga calon yang meraih undian ramai antaranya Anthony Loke dari DAP.

“Walaupun beliau dari DAP, undian yang diperoleh bukan dari satu kaum sahaja, tetapi kaum lain juga turut mengundi beliau sebagai calon Perdana Menteri yang kesembilan.

ARTIKEL BERKAITAN: 32 peratus rakyat mahu undi ikut prinsip

Pemilihan calon PM perlu berdasarkan struktur, hierarki parti

Jadi di sini kita lihat Anthony Loke turut mendapat kepercayaan yang tinggi.

Artikel Berkaitan:

“Bagaimanapun kita perlu faham, kajian yang dilakukan ini lebih tertumpu kepada responden yang berada di bandar sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis Wacana Sinar edisi ke-269 bertajuk ‘PM9: Abah atau Siapa’ yang disiarkan di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa.

Anas Zubedy ketika menjadi panelis Wacana Sinar edisi ke-269 bertajuk ‘PM9: Abah atau Siapa’ yang disiarkan di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa.
Anas Zubedy ketika menjadi panelis Wacana Sinar edisi ke-269 bertajuk ‘PM9: Abah atau Siapa’ yang disiarkan di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa.

Wacana tersebut turut menampilkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Research, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff dan Penganalisis Politik, Profesor Madya Dr Kartini Aboo Talib @Khalid, manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.

Bagaimanapun, Anas berkata, untuk tempoh dua tahun ini janganlah adakan pilihan raya ataupun perebutan kuasa.

Menurut Anas, beliau lebih gemar sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin mencari jalan lain untuk mengumpul satu pakatan baharu termasuk pihak pembangkang yang ada sekarang.

“Kita ada dua orang yang sebelum ini mempunyai pengalaman yang cukup luas iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang.

Kedua-duanya kalau kita lihat dah lama nak menjaga Malaysia.

“Justeru, kalau masing-masing boleh bantu Muhyiddin, kita boleh kembalikan kestabilan politik selain menangani isu Covid-19, ekonomi, rasuah, perpaduan negara dan alam sekitar di negara,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!