Emir Research: Kerajaan terus utamakan rakyat menerusi Pemulih

Orang ramai menyaksikan perutusan Perdana Menteri melalui telefon pintar pada pengumuman khas Pemulih yang disiarkan secara langsung melalui stesen televisyen tempatan. - Foto Bernama
Orang ramai menyaksikan perutusan Perdana Menteri melalui telefon pintar pada pengumuman khas Pemulih yang disiarkan secara langsung melalui stesen televisyen tempatan. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) bernilai RM150 bilion melibatkan lebih banyak kategori golongan yang terjejas oleh penguatkuasaan Fasa Pertama Kawalan Pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN), demikian menurut badan pemikir bebas Emir Research.

Ketua Pegawai Penyelidik, Datin Dr Margarita Peredaryenko berkata, kerajaan terus mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat di bawah inisiatif Pemulih dengan memberi tumpuan kepada lebih banyak kategori sektor ekonomi.

"Pada pendapat kami, semua pakej rangsangan berperanan membantu antara satu sama lain, walaupun setiap pakej mungkin mempunyai fokus tersendiri selepas situasi pandemik pulih.

"Sebagai contoh, fokus pakej Pemerkasa ialah untuk memastikan industri pelancongan terus 'hidup'’ sementara inisiatif Pemerkasa Tambahan pula melihat kepada antara lainnya, peningkatan kesihatan awam.

"Menerusi Pemulih, kita sekarang melihat bahwa fokusnya adalah pada program vaksinasi dan itulah yang diperlukan oleh negara pada masa ini,” katanya pada program "Midday Update" Bernama TV yang disiarkan pada Rabu.

Peredaryenko turut menambah lebih banyak yang dapat dilakukan untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana, memandangkan peranan penting yang dimainkan mereka dalam ekonomi. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!