'Tak perasan kereta masuk laluan bertentangan'

Rakaman insiden kemalangan yang tular di media sosial.
Rakaman insiden kemalangan yang tular di media sosial.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga emas mendakwa dia tidak perasan telah termasuk ke laluan bertentangan sebelum kereta yang dipandunya melanggar sebuah motosikal di Jalan Kerinchi di sini pada Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, dalam kejadian pada jam 1.22 petang, lelaki berusia 65 tahun itu memandu kereta jenis Perodua Axia dari arah Jalan Pantai Permai menghala ke Lebuhraya Persekutuan telah masuk arah bertentangan.

"Apabila sampai di lokasi kejadian, kereta itu telah bertembung dengan sebuah motosikal yang berada di lorong paling kanan.

"Akibat perlanggaran, mangsa berusia 42 tahun itu telah terjatuh di atas jalan raya dan mengalami kecederaan patah tangan kanan," katanya melalui kenyataan pada Rabu.

Zulkefly berkata, pemandu kereta mendakwa dia tidak perasan telah termasuk ke laluan salah.

"Selepas terjadi kemalangan baharu dia sedar telah termasuk laluan yang salah," katanya.

Beliau berkata, penunggang motosikal itu telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur oleh ambulans untuk rawatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!