'Kerajaan ada tempoh masa 26 hari cari kaedah terbaik'

Kerajaan mempunyai tempoh 26 hari untuk mencari kaedah terbaik bagi menyelesaikan masalah untuk menyerap doktor muda kontrak ke dalam sistem perkhidmatan kerajaan. - Gambar hiasan. - Foto 123RF
Kerajaan mempunyai tempoh 26 hari untuk mencari kaedah terbaik bagi menyelesaikan masalah untuk menyerap doktor muda kontrak ke dalam sistem perkhidmatan kerajaan. - Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan mempunyai tempoh 26 hari untuk mencari kaedah terbaik bagi menyelesaikan masalah untuk menyerap doktor muda kontrak ke dalam sistem perkhidmatan kerajaan.

Hartal Doktor Kontrak menerusi kenyataan pada Rabu berkata, tempoh masa itu diberikan untuk memastikan kerajaan dapat memberikan maklum balas seperti diharapkan.

"Kita akan melakukan mogok dengan berjalan keluar dari tempat kerja dan ia akan dijalankan di semua hospital di seluruh negara selama satu hari.

"Sekiranya tuntutan memorandum tidak dipenuhi, kami akan terus melakukan perkara ini sehingga kerajaan memenuhinya," katanya.

Sebelum ini kumpulan doktor kontrak itu dilaporkan akan melakukan protes Hartal Doktor Kontrak secara berfasa bermula 1 Julai.

Ia melibatkan penghantaran memorandum, sidang media dan mogok pada 26 Julai sekiranya kerajaan tidak menyelesaikan isu mengenai penempatan tetap mereka.

Tanda pagar #HartalDoktorKontrak juga tular di aplikasi Twitter sebagai tanda sokongan terhadap nasib menimpa doktor kontrak.

Menurut kenyataan itu, tempoh diberikan itu diyakini cukup untuk memberi kerajaan peluang berbincang dan bersiap sedia untuk menjawab.

Artikel Berkaitan:

"Sejak usaha ini dilakukan kami mendapat banyak maklum balas yang menyokong gerakan ini.

"Kami menghargai sambutan dan sokongan tersebut. Kami diberitahu bahawa dengan tampil ke depan sebegini, kami mungkin mendapat implikasi negatif daripada pihak atasan dan kerajaan seperti tindakan tatatertib dan paling buruk, penamatan kontrak," katanya.

Walaupun menyedari risiko itu, Hartal Doktor Kontrak percaya kontrak mereka mungkin ditamatkan walaupun tindakan itu tidak dilakukan.

Katanya, gerakan itu dilakukan kerana mereka percaya tidak mempunyai pengembangan kerjaya atau masa depan berdasarkan syarat kontrak pekerjaan semasa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!