Hafizan tak goyang bersaing dengan senior
PENYERANG muda Kelantan FC yang baru dinaikkan 'pangkat' Hafizan Ghazali sedar saingan sengit yang harus diharunginya untuk menempatkan diri dalam kesebelasan utama skuad.
Bagaimanapun, pemain kelahiran Tumpat itu yakin memiliki kelebihan untuk diturunkan bersama pemain senior.
Sebelum ini, Hafizan, 19, beraksi bersama pasukan bawah 21 tahun Kelantan FC dipanggil untuk menguatkan barisan serangan skuad kendalian ketua jurulatih Marco Ragini bagi menghadapi baki saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
"Impian saya untuk menyarung jersi pasukan senior termakbul apabila mendapat panggilan daripada Pengarah Teknikal TRW Kelantan FC, Abdul Nasir Yusof.
"Saya akan perbaiki kelemahan individu bagi meningkatkan lagi mutu permainan. Selain sasaran peribadi mendapat tempat dalam kesebelasan utama, saya mahu membantu pasukan layak ke saingan Liga Super musim depan," katanya pada Rabu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!