Benitez pengurus baharu Everton
EVERTON secara rasmi mengumumkan pelantikan Rafael Benitez sebagai pengendali baharu biarpun mendapat bantahan hebat daripada penyokong kelab Inggeris itu.
"Saya kagum dengan misi dan visi Everton. Saya bertekad memainkan tanggungjawab dalam membantu kelab hebat ini mencapai sasaran mereka," kata Benitez.
Bekas pengendali Liverpool itu menandatangani kontrak tiga tahun bagi menggantikan Carlo Ancelotti yang meninggalkan Goodison Park untuk menyertai gergasi Sepanyol, Real Madrid.
Bagaimanapun, pelantikan Benitez itu memberi impak kepada penyokong Everton selepas dia pernah mengatakan skuad The Toffees itu sebagai 'kelab kecil' ketika bersama Liverpool.
Malah, pengendali kelahiran Sepanyol itu turut menerima ancaman daripada pihak yang tidak berpuas hati dengan kehadirannya di Goodison Park.
Begitupun, pemegang saham terbesar Everton, Farhad Moshiri tidak mengendahkan bantahan penyokong Everton, sebaliknya tetap dengan keputusannya melantik Benitez.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!