Misi kembalikan Tottenham sebenar

Nuno Espirito Santo - Foto FB Tottenham
Nuno Espirito Santo - Foto FB Tottenham
A
A
A

GERGASI Liga Perdana Inggeris (EPL), Tottenham Hotspur mengakhiri pencarian pengganti Jose Mourinho apabila merekrut bekas pengendali

Wolverhampton Wanderers, Nuno Espirito Santo mengisi kerusi panas kelab London tersebut.

Pengerusi Tottenham Hotspur, Daniel Levy berkata, pengrekrutan Nuno bertujuan mengembalikan semula gaya permainan sebenar kelab tersebut selain membentuk cabaran konsisten dalam saingan domestik dan Eropah.

"Selamat datang kepada Nuno ke Tottenham Hotspur, terima kasih kepada penyokong-penyokong Tottenham yang sentiasa bersabar menanti proses pencarian pengurus baharu kelab.

"Saya telah memaklumkan kepada Nuno pentingnya untuk mengembalikan DNA gaya permainan bola sepak cara Tottenham Hotspur iaitu menyerang selain corak permainan menghiburkan.

"Saya dan Fabio Paratici percaya Nuno adalah pilihan terbaik untuk mengemudi barisan berbakat selain membentuk pelapis Tottenham menjadi sesuatu yang istimewa," katanya.

Pelantikan Nuno hadir selepas Tottenham merekrut Paratici, 48, sebagai pengarah baharu kelab tersebut yang sebelum ini berkhidmat bersama kelab liga Itali, Juventus selama 11 tahun.

Sementara itu, Nuno mengakui teruja untuk memulakan cabaran baharu dengan kelab yang menpunyai sejarah tersendiri liga Inggeris tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Apabila anda mempunyai skuad dengan kualiti dan bakat, kami ingin membuat peminat bangga dan gembira.

"Ini adalah keseronokan dan penghormatan yang sangat besar untuk berada di sini, saya gembira dan tidak sabar untuk memulakan kerja.

"Kami tidak mempunyai masa sebaliknya perlu segera mempersiapkan pasukan segera untuk pra musim yang akan bermula dalam masa terdekat," katanya.

Tottenham sebelum ini menyingkirkan Mourinho pada April, enam hari sebelum tumbang kepada Manchester City dalam perlawanan akhir Piala Liga, dengan Ryan Mason dilantik pengendali sementara sehingga hujung musim pada ketika itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!