Pekerja syarikat penerbangan ejek nama penumpang kanak-kanak

Syarikat penerbangan Southwest Airlines meminta maaf susulan insiden kakitangannya mengejek nama seorang penumpang kanak-kanak berusia lima tahun, (gambar kecil) Traci Redford dan anak perempuannya, Abcde. - Foto abc7.com/BBC
Syarikat penerbangan Southwest Airlines meminta maaf susulan insiden kakitangannya mengejek nama seorang penumpang kanak-kanak berusia lima tahun, (gambar kecil) Traci Redford dan anak perempuannya, Abcde. - Foto abc7.com/BBC
A
A
A

TEXAS - AMERIKA SYARIKAT . Syarikat penerbangan Southwest Airlines dilaporkan memohon maaf susulan insiden seorang kakitangannya mengejek nama seorang penumpang kanak-kanak berusia lima tahun.

Insiden berlaku ketika Traci Redford dan anak perempuannya bernama Abcde, (disebut sebagai 'Ab-city') dalam perjalanan pulang menaiki penerbangan ke El Paso, Texas, dari Lapangan Terbang John Wayne di California, beberapa minggu lalu.

"Kakitangan syarikat penerbangan berkenaan yang bertugas di pintu masuk mentertawakan nama anak saya sambil menunjuk ke arah kami berdua dan bercakap dengan pekerja lain.

"Saya kemudian meminta mereka berhenti berbuat demikian," kata Redford sambil menambah kakitangan terbabit turut mengambil gambar 'boarding pass' anak perempuannya dan memuat naiknya ke laman Facebook.

Dalam satu kenyataan kepada portal berita ABC7, Redford berkata dua minggu selepas memfailkan aduan rasmi, syarikat penerbangan tersebut tidak mengambil sebarang tindakan.

Artikel Berkaitan:


Dalam pada itu, jurucakap Southwest Airlines, Chris Mainz berkata pihaknya secara ikhlas memohon maaf ke atas apa yang berlaku, dan menyatakan tindakan kakitangannya itu tidak mencerminkan imej syarikat penerbangan berkenaan yang menghormati pelanggan.

Sementara itu, carian di laman sesawang Pentadbiran Keselamatan Sosial mendapati, nama 'Abcde' tidak tersenarai dalam 1,000 nama popular dalam mana-mana tahun kelahiran sejak 2000.- BBC/USA Today

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!