Putra syor bayar insurans kenderaan secara ansuran

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar kecil: Azrul Suhadi
Gambar hiasan - Foto 123RF Gambar kecil: Azrul Suhadi
A
A
A

IPOH - Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mencadangkan bayaran insurans kenderaan dibenarkan dibuat secara ansuran bulanan bagi meringankan beban ditanggung rakyat ketika ini.

Ahli Dewan Tertinggi Putra, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar berkata, cadangan itu boleh membantu pengendali teksi, pemandu e-panggilan, pemilik kenderaan perdagangan dan pemilik kenderaan persendirian mengurangkan bebanan membayar insurans kenderaan secara sekali gus dalam tempoh setahun yang melibatkan kadar bayaran tinggi.

Katanya, pihak Kementerian Pengangkutan diharap boleh berbincang dengan syarikat insurans, Bank Negara dan Kementerian Kewangan terhadap cadangan tersebut yang dilihat mampu dilaksanakan.

"Dalam menghadapi pandemik dan pelbagai sekatan ini, pendapatan rakyat telah berkurangan dan tidak mampu untuk membayar insuran kenderaan secara tahunan termasuk juga kenderaan perdagangan.

"Cara pembayaran insuran secara ansuran sebenarnya boleh dilaksanakan kerana insuran perubatan juga boleh dibayar secara ansuran bulanan dan mendapat perlindungan perubatan selagi bayaran tidak tertunggak di bulan seterusnya," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, kerajaan perlu mencari mekanisme terbaik untuk melaksanakan pembayaran secara ansuran tersebut samada membenarkan bayaran melalui sistem auto debit dari akaun bank atau kaedah lain yang sesuai.

Azrul Suhadi yang juga Setiausaha Putra Perak berkata, pihaknya mengharapkan agar cadangan itu dapat direalisasikan melalui usaha Kementerian Pengangkutan demi memastikan rakyat di negara ini dapat dibantu sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!