Sultan Nazrin ziarah Adib di IJN

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan mencemar duli menziarahi anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Muhammad Adib Mohd Kassim di Institut Jantung Negara (IJN), hari ini

Baginda tiba jam 9.10 pagi dan meluangkan masa menziarahi Muhammad Adib hampir setengah jam.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohamed Farid Md Rafik, Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Seri Dr Mohd Azhari Yakub, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohammad

Hamdan Wahid, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Azman Abu Bakar.

Sementara itu, Mohammad Hamdan memaklumkan Sultan Nazrin bertitah, baginda merasa sedih dengan kejadian yang berlaku.

"Baginda mendoakan semoga Muhammad Adib dapat kembali sembuh," katanya.

**media[]**

Anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya itu dipercayai dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, kelmarin.

Muhammad Adib dilaporkan mengalami patah tulang rusuk dengan kesan lebam di bahagian dada.

[ARTIKEL BERKAITAN: Menteri kecam tindakan perusuh]

[ARTIKEL BERKAITAN: Muhammad Adib ditarik dari jentera ketika pasukan berundur]

Artikel Berkaitan:


[ARTIKEL BERKAITAN: Rusuhan kuil: PDRM tubuh pasukan khas]

Dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) termasuk van Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang dinaiki Muhammad Adib diserang dengan balingan batu dan objek lain menyebabkan berlaku kerosakan pada cermin serta badan kenderaan itu.

Dalam situasi panik untuk berundur, mangsa telah ditarik keluar dari tempat duduk penumpang van EMRS oleh perusuh dan dipercayai dipukul sehingga tidak sedarkan diri.

Beliau kemudian dikejarkan ke SJMC sebelum dipindahkan ke IJN dan dilaporkan mengalami patah tulang rusuk dengan kesan lebam di bahagian dada.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!