Cecair vape sudah 'expired' bernilai RM2.73 juta dari AS dirampas

Jabatan Kastam Diraja Malaysia(JKDM) merampas dua kontena mengandungi cecair vape 1276.24 liter bernilai lebih RM2.73 juta di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang pada Sabtu.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia(JKDM) merampas dua kontena mengandungi cecair vape 1276.24 liter bernilai lebih RM2.73 juta di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang pada Sabtu.
A
A
A

PELABUHAN KLANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas dua kontena mengandungi cecair vape 1,276.24 liter bernilai lebih RM2.73 juta di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang pada Sabtu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Datuk Zazuli Johan berkata, cecair rokok elektronik atau vape tersebut dipercayai dari Amerika Syarikat.

"Cecair vape dalam dua kontena berkenaan dikesan dalam pemeriksaan yang dijalankan kira-kira jam 6 petang.

"Pemeriksaan dijalankan mendapati cecair rokok elektronik berkenaan diikrarkan sebagai ‘atomizer devices’ dalam Daftar Masuk," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas dua kontena mengandungi cecair vape 1276.24 liter bernilai lebih RM2.73 juta di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang pada Sabtu.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas dua kontena mengandungi cecair vape 1276.24 liter bernilai lebih RM2.73 juta di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang pada Sabtu.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati dagangan tersebut telah melepasi tarikh luput dan berbahaya untuk digunakan.

"JKDM mengesyaki dan percaya dagangan ini akan dibungkus semula dan dijual di pasaran tempatan.

"Hasil siasatan mendapati kesemua cecair vape yang disita disyaki mengandungi nikotin, dagangan ini diimport dari luar negara tanpa lesen import yang sah dan tanpa membayar cukai dan duti ke atasnya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, cecair rokok eletronik adalah barangan larangan import di bawah Butiran 4, Jadual Kedua, Bahagian I Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!