Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Bahaya bila rasuah jadi biasa

01 Julai 2021 | Wacana
A
A
A

Bila amalan-amalan rasuah sudah menjadi sebahagian daripada realiti budaya masa kini atau dianggap sebagai ‘perkara biasa’ ia tidak lagi dilihat sebagai korupsi atau perkara ditegah oleh agama.

Masyarakat kita pula ada yang beranggapan rasuah bukanlah satu jenayah yang buruk, maka ia akan berkembang sehingga menjadi amalan seluruh masyarakat.

Negara dan masyarakat yang amal rasuah sebagai perkara biasa, tetap sukar dimajukan, pentadbiran tetap kurang efisien dan ini mempunyai kesan buruk kepada pelaburan dan dagangan.

Persoalannya sampai bila perkara ini perlu dibiarkan berlarutan? Bagaimana membendung perkara ini? Adakah kita perlu membiarkan sahaja sehingga turut menjadi 'budaya'golongan muda?

#WacanaSinar#SinarUntukMalaysia#PerkasakanSuaraMalaysia