Finas serbu produksi buat penggambaran filem

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah premis di Sunway Velocity Cheras di sini diserbu Unit Penguat kuasa, Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada 29 Jun lepas kerana menjalankan aktiviti penggambaran filem dalam tempoh Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata, tindakan penguatkuasaan diambil terhadap pihak berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 22 (1) Akta FINAS 1981 (Akta 244).

“Finas ingin mengingatkan kepada semua syarikat produksi untuk terus mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam membendung kes penularan pandemik Covid-19.

“Finas juga menyatakan komitmen untuk bertindak lebih agresif dalam menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan pematuhan SOP ini serta mengalu-alukan sebarang aduan daripada masyarakat awam untuk melaporkan kepada Finas sekiranya mendapati berlaku pelanggaran SOP melibatkan aktiviti penggambaran,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, orang ramai boleh menghubungi talian 03-41041300 (Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan) dan e-mel ke info@finas.my untuk sebarang pertanyaan dan aduan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!