Khalid Jamlus mohon doa rakyat Malaysia

Status dimuat naik Khalid Jamlus di Insta Story miliknya hari ini.
Status dimuat naik Khalid Jamlus di Insta Story miliknya hari ini.
A
A
A

BEKAS penyerang terbaik Harimau Malaya, Khalid Jamlus memohon doa daripada rakyat Malaysia susulan anaknya disahkan positif Covid-19.

Menyifatkan ia sebagai dugaan, Khalid berharap orang ramai mendoakan agar anaknya sembuh daripada jangkitan tersebut.

"Assalamualaikum. Mohon doakan anak saya sembuh daripada Covid-19.

"Allahu Akbar dugaan dugaan. Ya ALLAH sembuhkan anakku Ya ALLAH," luah pemenang Anugerah Kasut Emas Liga Malaysia 2002 di Insta Story miliknya hari ini.

Khalid sebelum ini terpaksa menutup gerai makanannya, Gerai Daging Masak Lomak Cili Api minggu lepas yang diusahakannya di Lepak Court, Batu 7, Sijangkang, Kuala Langat, Selangor sejak sembilan bulan lalu.

Khalid memaklumkan bahawa beliau tidak lagi mampu untuk meneruskan perniagaan berkenaan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Bekas pemain skuad Olimpik 2000, Perak, Selangor, Kelantan, ATM dan Kelantan itu juga pernah mencuri tumpuan ramai dengan tindakannya melelong ‘kasut emas’ yang dimenanginya pada musim 2002 lalu setelah meledak 17 gol bersama Perak.

Tindakan Khalid itu turut menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan peminat bola sepak negara namun lelongan berkenaan tetap diteruskan hingga akhirnya, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan untuk membeli kasut emas berkenaan pada September lalu.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Khalid Jamlus terpaksa gulung tikar

Bekas peledak Perak 'korbankan' Kasut Emas

Sultan Selangor berkenan beli trofi Kasut Emas Khalid

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!