Kilang di Rembau, Nilai patuh SOP
SEREMBAN - Tiada sebarang kompaun dikeluarkan terhadap pengusaha kilang dalam Ops Patuh di sekitar daerah Rembau dan Nilai.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, Ops Patuh yang dijalankan pada Jumaat itu mendapati rata-rata kilang mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
"Dalam operasi ini, beberapa buah kilang diperiksa secara mengejut dalam memastikan kilang-kilang yang beroperasi mendapat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan mematuhi SOP yang ditetapkan.
"Hasil pemeriksaan mendapati semua kilang mematuhi SOP dan tiada kompaun dikeluarkan sepanjang operasi berlangsung," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Ops Patuh yang bermula Jumaat diketuai oleh Ketua Polis Daerah Rembau turut melibatkan beberapa agensi penguat kuasa Majlis Daerah Rembau dan anggota Rela.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!