Anggota tentera maut kemalangan

Mangsa maut di lokasi (Gambar kecil: Mohd Roszaimi)
Mangsa maut di lokasi (Gambar kecil: Mohd Roszaimi)
A
A
A

JEMPOL - Seorang penunggang motosikal maut apabila terbabit dalam kemalangan di KM14 Jalan Kuala Pilah – Simpang Pertang, berhampiran lampu isyarat Balai Polis Batu Kikir, hari ini.

Mangsa, Mohamad Roszaimi Rahim, 35, dipercayai seorang anggota tentera menunggang motosikal jenis SYM VF3i sendirian dari rumahnya di gugusan Felda Raja Alias menghala Kuala Pilah.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nurhishamuddin Hashim berkata, kejadian sekitar jam 5.20 petang itu melibatkan sebuah motosikal dengan kereta Proton Exora.

"Insiden berlaku dekat lampu isyarat simpang tiga Balai Batu Kikir.

"Berdasarkan siasatan awal, kejadian berlaku di laluan dan arah yang sama iaitu dari arah Simpang Pertang.

"Semasa Proton Exora ingin membelok ke kanan, tiba-tiba datang sebuah motosikal dari arah belakang melanggar bahagian hadapan sisi kanan kereta tersebut," katanya mengesahkan laporan, hari ini.


Motosikal mangsa pada kejadian hari ini.
Motosikal mangsa pada kejadian hari ini.

Artikel Berkaitan:

Muhd Nurhishamuddin berkata, akibat kejadian itu, penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian.

"Bagaimanapun, laporan penuh sedang dilengkapkan polis mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!