Pesawat Bangladesh Airlines mendarat cemas susulan cubaan rampasan
DHAKA - BANGLADESH. Sebuah pesawat Biman Bangladesh Airlines dari Dhaka menuju ke Dubai terpaksa membuat pendaratan cemas susulan cubaan merampas pesawat, lapor media tempatan.
Penerbangan bernombor BG147 yang dinaiki 142 penumpang segera dikepung pihak berkuasa sejurus mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Shah Amanat di Chittagong, hari ini.
Menurut laporan pihak berkuasa, kesemua penumpang berjaya dibawa turun dengan selamat, sementara seorang lelaki yang disyaki cuba menceroboh masuk kokpit pesawat berkenaan telah ditahan. - BBC
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!