Vargas tak salah gagal jaringkan penalti
PENGENDALI Switzerland, Vladimir Petkovic tidak menyalahkan Ruben Vargas kerana gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika berdepan Sepanyol pada Sabtu yang sekali gus menyaksikan skuad kendaliannya itu gagal ke separuh akhir Euro 2020.
Menurut Petkovic, Vargas secara keseluruhannya telah mempamerkan aksi terbaik di sepanjang perlawanan selain menunjukkan kekuatan mentalnya ketika dipilih untuk menyempurnakan sepakan penalti berkenaan setelah mengharungi aksi 120 permainan.
“Sepakan penalti ibarat loteri dan kami telah ‘kehilangannya’ setelah kami menggunakan segala tenaga kami di sepanjang perlawanan.
“Mungkin pemain masih dalam kepenatan dalam usaha menyempurnakan sepakan penalti berkenaan; bagaimanapun saya tidak akan memberikan komen yang tidak baik terhadap mereka (pemain).
“Apa pun bagi saya, kesemua pemain Switzerland adalah ‘hero’ pada perlawanan kali ini dan saya ‘tabik’ dengan kareter yang mereka tunjukkan itu,” katanya.
Untuk rekod, pada perlawanan berkenaan Sepanyol membuka jaringan seawal minit ke-8 hasil gol sendiri Denis Zakaria sebelum kapten Switzerland, Sherdan Shaqiri menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-68 bagi mengheret perlawanan ke masa tambahan dan seterusnya ke penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan buntu untuk menambah jaringan.
Switzerland tewas 1-3 kepada Sepanyol menerusi penentuan sepakan penalti berkenaan apabila
Vargas yang hanya perlu menyempurnakan sepakan penalti bagi menghasilkan kemenangan pasukannya, telah menyepak tinggi melewati palang gol dan membuka peluang untuk Sepanyol menjaringkan gol pada sepakan penalti terakhir bagi mengesahkan kemenangan.
Sementara itu, Petkovic berkata, kesemua pemain skuad The Red Crosses itu kesemua pemainnya layak dilabel ‘hero’ pada perlawanan berkenaan kerana telah beraksi dengan baik di dalam usaha memastikan kejayaan pasukan.
Malah katanya, kesemua pemain berkenaan dilihat berhak untuk mara dan beraksi ke separuh akhir berdasarkan kepada persembahan mereka pada perlawanan berkenaan.
“Kesemua pemain ini adalah hero pada malam ini (Sabtu) dan mereka seharusnya berhak untuk beraksi di separuh akhir,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!