10 wanita Thailand terlibat aktiviti pelacuran ditahan

Antara wanita warga Thailand yang ditahan dalam serbuan di sebuah kondominium di sini pada Sabtu.
Antara wanita warga Thailand yang ditahan dalam serbuan di sebuah kondominium di sini pada Sabtu.
A
A
A

CHERAS - Polis menahan 10 wanita warga Thailand dan seorang lelaki tempatan selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran di sebuah kondominium di sini pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, lelaki berusia 39 tahun itu dipercayai bertindak sebagai ‘transporter’.

Menurut beliau, modus operandi kegiatan tersebut yang telah beroperasi selama sebulan itu menggunakan platform media sosial bagi menawarkan perkhidmatan pelacuran.

“Wanita terbabit akan mencari pelanggan menerusi media sosial dan menggunakan 'transporter' untuk menghantar mereka ke lokasi ditetapkan pelanggan.

“Bagi menyembunyikan aktiviti ini, mereka akan bergerak secara individu dan pergi ke lokasi ditetapkan pelanggan,” katanya ketika ditemui dalam operasi Ops Patuh dan Ops Pantau pada Sabtu.

Abd Jalil berkata, kesemua wanita yang ditahan itu berusia antara 24 hingga 32 tahun dan mereka didapati masuk ke negara ini sejak setahun lalu dengan semuanya sudah tamat tempoh pas perjalanan.

Katanya, kesemua individu yang ditahan itu akan disiasat di bawah Akta Pencegahan Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) kerana terdapat kemungkinan mereka menjadi mangsa eksploitasi seks.

Dalam pada itu, beliau berkata, 'transporter’ yang ditemui mendakwa masih terdapat permintaan terhadap pelacur warga asing ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

Artikel Berkaitan:

“Sehari hanya seorang atau dua sahaja yang ditempah dan dia akan dibayar RM50 bagi setiap perkhidmatan menghantar ke lokasi pelanggan,” jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!