20 maut di Syria akibat periuk api

Nyawa penduduk awam jadi taruhan.
Nyawa penduduk awam jadi taruhan.
A
A
A

DAMSYIK - SYRIA. Sekurang-kurangnya 20 orang maut apabila periuk api tinggalan militan Daesh meletup di bawah sebuah van membawa pekerja ladang, lapor agensi berita tempatan, SANA.

Memetik sumber polis, SANA melaporkan letupan periuk api berhampiran bandar Salamiyeh di wilayah Hama, mengenai sebuah van dinaiki pekerja ladang yang dalam perjalanan memetik 'truffle'.

Ia merupakan insiden kedua sejak 8 Februari apabila periuk api yang ditanam militan Daesh di pedalaman Hama meletup dan meragut nyawa tujuh penduduk awam.

Pejuang Daesh berjaya diusir keluar dari sebahagian besar wilayah yang pernah mereka tawan di Syria dan Iraq, namun bertindak meninggalkan sejumlah besar bom serta bahan letupan.

Dianggarkan sekitar 300 pejuang Daesh kini menjadikan perkampungan Baghouz sebagai kubu terakhir mereka. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!