Polis bantu 14 pekerja kilang kehabisan makanan

Anggota polis menyerahkan bungkusan makanan kepada 14 individu yang kehabisan
Anggota polis menyerahkan bungkusan makanan kepada 14 individu yang kehabisan
A
A
A

SEPANG - Polis daerah Sepang memberi bantuan makanan kepada 14 pekerja kilang yang kehabisan bekalan makanan di Taman Bunga Raya di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang wanita pada jam 8.10 malam yang memaklumkan adiknya yang bekerja di sebuah kilang di Bandar Baru Salak Tinggi telah kehabisan bekalan makanan.

Menurut beliau, selain adik pengadu, rumah berkenaan juga dihuni 13 lagi rakannya yang bekerja di kilang sama dan mereka semua telah dikuarantinkan.

Wan Kamarul Azran berkata, bertindak atas maklumat tersebut atas dasar keprihatinan dan tanggungjawab sosial, pihaknya telah mengambil tindakan susulan dengan mengarahkan supaya bantuan makanan segera dihantar ke rumah tersebut.

"Anggota polis dari unit Cawangan Kereta Peronda Polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang telah pergi ke rumah itu dan menyerahkan sebanyak 16 bungkus nasi berlauk kepada penghuni rumah tersebut pada jam 9.15 malam," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!