8.8 juta dos vaksin Covid-19 diberi setakat semalam
KUALA LUMPUR - Sebanyak 8,800,700 dos vaksin telah diberikan kepada penduduk negara ini setakat semalam menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian di Twitter berkata, sebanyak 2,539,686 individu telah menerima dos kedua, sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka.
“Sebanyak 217,807 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam melibatkan 141,140 dos pertama dan 76,667 dos kedua,” katanya.
Lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 342,677 orang diikuti Sarawak (278,528); Johor (266,779); Kuala Lumpur (232,170) dan Sabah (225,690). - Bernama
Jumlah pemberian vaksin COVID-19 setakat 3 Julai 2021 ialah 8,800,700 dos.
217,807 dos pada 3 Julai.
Jumlah yang terima dos pertama ialah 6,261,014 orang. Daripada jumlah itu, 2,539,686 orang juga terima dos kedua.Daftar di MySejahtera https://t.co/jWUzMEwwWM Tel 1800888828 pic.twitter.com/3aDh0siGrT
— Dr Adham Baba (@DrAdhamBaba) July 4, 2021
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!