PM dalam keadaan stabil, dibenar bertugas semasa rawatan

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih menerima rawatan di hospital akibat jangkitan pada sistem penghadaman.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, selepas menjalani pemeriksaan kesihatan yang rapi, didapati tiada bukti menunjukkan masalah tumor lama yang berulang.

“Atas nasihat pasukan doktor, beliau kini berada di hospital untuk terus mendapatkan rawatan antibiotik intravena.

“Keadaan beliau adalah stabil dan bertambah baik serta dibenarkan bertugas semasa dalam rawatan,” katanya pada Ahad.

Pada 30 Jun, beliau dimasukkan ke hospital di ibu negara bagi menerima rawatan dan pemantauan selepas mengalami diarea.

Menurut kenyataan tersebut, Muhyiddin dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam tempoh beberapa hari lagi.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesihatannya.

Artikel Berkaitan:

Kenyataan media Pejabat Perdana Menteri
Kenyataan media Pejabat Perdana Menteri

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!