Kimia tumpah: Penduduk sesak nafas, muntah dikejar ke hospital

Jengkaut digunakan bagi menutup tumpahan sisa bahan kimia daripada tangki yang bocor dari mengalir keluar ke parit dan sungai yang berdekatan di stor penyimpan bahan tersebut di Kampung Baru Sengkang Kulai hari ini. - Foto Bernama
Jengkaut digunakan bagi menutup tumpahan sisa bahan kimia daripada tangki yang bocor dari mengalir keluar ke parit dan sungai yang berdekatan di stor penyimpan bahan tersebut di Kampung Baru Sengkang Kulai hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KULAI - "Kami sekeluarga bau sesuatu yang terlalu busuk dan memualkan sehingga hampir tiga jam," kata penduduk Kampung Baru Sengkang, Anuar Sain, 36 selepas kejadian tumpahan bahan kimia dari sebuah stor di sini pada malam Sabtu.

Anuar berkata, akibat daripada kejadian itu ibu mentuanya, Azizah Mohamed, 61 serta adik iparnya, Amirah Natasha Johari, 19, mengalami sesak nafas kira-kira jam 8.30 malam dan dikejarkan ke Hospital Kulai.

"Saya sekeluarga sedar bau busuk itu sejak jam 6.30 petang Sabtu. Ketika itu saya baharu pulang dari kerja. Baunya pula sangat busuk seperti plastik yang dibakar.

"Ibu mentua dan adik ipar yang mengalami muntah-muntah dan pening kepala terpaksa di hantar ke hospital. Bagaimanapun, kedua-dua mereka berada dalam keadaan baik selepas mendapat rawatan di hospital dan dibenarkan pulang ke rumah malam tadi," katanya ketika ditemui pada Ahad.

Anuar memberitahu bau bahan kimia semakin berkurangan pada Ahad namun dia sekeluarga masih merasa bimbang memandangkan rumahnya terletak bersebelahan Sungai Sengkang.

"Memang bimbang tentang keselamatan kami sekeluarga tambahan pula rumah terletak bersebelahan dengan Sungai Sengkang.

"Kejadian ini kali pertama berlaku di Sengkang. Jadi saya sekeluarga mengharapkan tindakan segera dapat diambil bagi memastikan tiada lagi ancaman bahan kimia yang membahayakan kesihatan kepada penduduk lebih- lebih lagi warga emas dan kanak- kanak," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!