Perak perlu segera capai imuniti kelompok: Mujahid

Mujahid
Mujahid
A
A
A

IPOH - Kerajaan negeri Perak digesa memastikan segala kemudahan dan kempen diselaraskan dengan berkesan bagi mencapai imuniti kelompok secepat mungkin.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, peralihan Perak kepada fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang bermula Isnin ini wajar disambut dengan keazaman lebih kuat untuk mencapai imuniti kelompok tersebut.

"Kita tidak boleh leka walau sesaat pun untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan supaya matlamat memerangi Covid-19 dapat kita capai bersama.

"Kepada mereka yang telah mendapat janji temu vaksinasi, pastikan anda menghadirinya supaya program vaksin dapat berjalan lancar ke arah imuniti kelompok," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, dengan mencapai imuniti kelompok, semua aktiviti akan boleh dibuka semula dengan pematuhan budaya norma baharu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!