Tokyo 2020: Atlet mendayung Serbia positif Covid-19

Gambar hiasan. - Foto AFP
Gambar hiasan. - Foto AFP
A
A
A

SEORANG atlet mendayung kontinjen Serbia ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 disahkan positif Covid-19, kurang tiga minggu sebelum temasya terbesar dunia tersebut berlangsung, kata seorang pegawai bandar tuan rumah pada Ahad.

Anggota skuad mendayung lima orang itu didapati dijangkiti virus itu setelah menjalani ujian di lapangan terbang Haneda Tokyo ketika tiba pada Sabtu, menurut seorang pegawai Nanto, sebuah bandar di Jepun, di mana pasukan itu merancang untuk berlatih menjelang Tokyo 2020.

"Atlet itu telah diasingkan sementara empat yang lain dipindahkan ke lokasi berasingan berhampiran lapangan terbang.

"Anggota kontinjen dijadualkan tiba di bandar hari ini sebelum memulakan latihan, tetapi keseluruhan program kemungkinan dibatalkan," kata pegawai itu.

Kes itu berlaku ketika penganjur bersiap memperketat prosedur pemeriksaan di lapangan terbang setelah dua anggota kontinjen Olimpik Uganda disahkan positif sebaik tiba di Jepun bulan lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!