Cabaran Harimau Selatan berakhir
IMPIAN pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk meneruskan kemaraan dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini tertutup selepas tewas 1-2 kepada kelab Liga Jepun (J-League), Nagoya Grampus malam ini.
Kekalahan keempat selepas mengharungi lima perlawanan Kumpulan G, menyaksikan Harimau Selatan kini berada di kedudukan keempat liga dengan mengutip tiga mata, tercicir ke pusingan 16 terbaik kejuaraan berprestij kelab Asia tersebut.
Pada aksi di Stadium Rajamangala, Bangkok itu, Nogaya Grampus terlebih dulu di depan apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit ketiga yang kemudiannya mudah disempurnakan Mateus Castro.
Gol itu nyata membarakan lagi Nagoya untuk menambah jaringan yang akhirnya dijelmakan Hiroyuki Abe pada minit ke-28 untuk kedudukan 2-0.
Tersentak jaringan itu, Harimau Selatan kembali memperkemaskan rentak, akhir berjaya mengurangkan defisit menerusi Ramadhan Saifullah Usman ketika perlawanan berbaki beberapa minit menuju ke bilik persalinan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!