Itali kian bersemangat jumpa Sepanyol

Pemain Itali meraikan kejayaan pada Euro 2020.
Pemain Itali meraikan kejayaan pada Euro 2020.
A
A
A

[DIKEMAS KINI] PENGENDALI Itali, Roberto Mancini Roberto Mancini mendedahkan skuad kendaliannya itu dilihat semakin bersemangat menjelang aksi separuh akhir Euro 2020 berdepan Sepanyol di Wembley, pada Rabu.

Menurut Mancini, senario berkenaan turut membuktikan bahawa kesebelasan Azzurri itu sudah cukup bersedia untuk berdepan La Roja pada aksi yang turut disifatkan sebagai ‘perlawanan ulangan’ suku kakhir Euro 2012 yang menyaksikan Itali tewas 0-4.

Malah katanya, setelah menyingkirkan pasukan ranking nombor satu dunia, Belgium pada suku akhir Euro 2020, 3 Julai lalu, Mancini yakin dengan kemampuan skuad kendaliannya itu untuk mencipta kejutan ke atas Sepanyol dan mara ke pentas final buat kali keempat.

“Setelah sembilan tahun (final Euro 2012), pertembungan kedua-dua pasukan kali ini pasti sengit tetapi akan berlangsung pada sitiuasi pasti berbeza.

“Akibat kegagalan layak ke Piala Dunia 2018, pasukan ini (Itali), ini dilihat telah melalui progres yang cukup baik termasuk ketika mengharungi perlawanan-perlawanan yang sukar sejak kebelakangan ini.

“Oleh itu, setelah mara sejauh ini (separuh akhir Euro 2020), pemain pastinya mahu melakar kejayaan bagi mengubat ‘luka’ gagal layak ke Piala Dunia 2018 dan seterusnya menempah slot ke final kali ini,” katanya.

Mancini
Mancini

Untuk rekod, Itali muncul juara Euro pada 1968 sebelum mara ke separuh akhir pada edisi 1988 sebelum tewas kepada Kesatuan Soviet Union (KSSR) selain kecewa dua kali di pentas final apabila tewas 1-2 kepada Perancis pada Euro 2000 dan tewas 0-4 kepada Sepanyol pada Euro 2012.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu Mancini mengakui bahawa Sepanyol adalah antara pasukan yang sukar untuk ditewaskan pada Euro 2020, selain Belgium.

Bagaimanapun katanya, perkara itu boleh diatasi sekiranya kesebelasan Itali dapat mempamerkan aksi terbaik selain meminimumkan kesilapan pada perlawanan berkenaan.

“Kami boleh lakukan yang lebih baik, tetapi apa yang paling penting ketika ini adalah untuk pasukan kami tiba dengan selamat di Wembley bagi mengharungi perlawanan berkenaan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!