Jamil Rakon dilantik Timbalan KSUK JPM baharu

Jamil Rakon dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Kanan di abatan Perdana Menteri yang baharu, berkuat kuasa Isnin. - Foto Facebook Jabatan Perdana Menteri
Jamil Rakon dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Kanan di abatan Perdana Menteri yang baharu, berkuat kuasa Isnin. - Foto Facebook Jabatan Perdana Menteri
A
A
A
PUTRAJAYA - Datuk Jamil Rakon dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang baharu, berkuat kuasa Isnin.

JPM menerusi kenyataan pada Isnin memaklumkan Jamil, 59, menggantikan Datuk Seri Mohd Sallehuddin Hassan yang kini Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC).

Sebelum pelantikan terkini, Jamil dengan pengalaman dalam perkhidmatan awam selama 29 tahun merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia.

Beliau pernah menjawat jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pendidikan.

"Semoga kehadiran Datuk Jamil Rakon dapat meningkatkan lagi kecemerlangan JPM berdasarkan pengalaman luas beliau dalam perkhidmatan awam," menurut kenyataan itu. - Bernama
Artikel Berkaitan:


Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!