Ketepi perbezaan politik, fokus percepat vaksinasi di Selangor

Noh (dua dari kanan) bertanya khabar penduduk selepas menyampaikan sumbangan bakul makanan di sebuah rumah penduduk di Parlimen Tanjong Karang di sini pada Isnin.
Noh (dua dari kanan) bertanya khabar penduduk selepas menyampaikan sumbangan bakul makanan di sebuah rumah penduduk di Parlimen Tanjong Karang di sini pada Isnin.
A
A
A

TANJONG KARANG - Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Selangor diminta mengetepikan perbezaan politik selain memainkan peranan bagi membendung pandemik Covid-19 di negeri ini yang menunjukkan kes harian tertinggi.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar berkata, proses vaksinasi penduduk di negeri perlu dipercepatkan dan kerjasama pemimpin setempat seperti penting bagi mempengaruhi keberkesanan pengawalan jangkitan Covid-19.

"Di peringkat kerajaan Persekutuan mereka perlu memastikan bekalan vaksin di Selangor mencukupi manakala di peringkat kerajaan Selangor pula menyediakan Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

"Cadangan saya kepada kerajaan negeri supaya menyediakan PPV di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dan jika tidak mencukupi boleh melaksanakan program vaksinasi secara mobil," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran 3,000 Bakul Makanan Parlimen Tanjong Karang di sini pada Isnin.

Noh berkata, setiap ahli Parlimen juga boleh membantu menyediakan peruntukan bagi membantu melancarkan lagi program vaksinasi di peringkat PPV.

Dalam pada itu beliau turut mencadangkan setiap kilang yang beroperasi mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) baharu dengan mewajibkan setiap pekerja menjalani swab test dan sudah lengkap dua dos suntikan Covid-19.

Beliau berkata, sudah sampai masanya kilang tidak lagi perlu mendapatkan surat daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk kebenaran bekerja serta beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Mungkin dasar baharu perlu diperkenalkan seperti pekerja lengkap suntikan dan swab test dan tidak lagi mengguna pakai surat MITI seperti sekarang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!