2.73 juta OBBS daftar dengan Perkeso

Awang (duduk) ditemani Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Zolkefly Md Lazim menyampaikan bantuan kepada Shukor di rumahnya di Teluk Bahang, Georgetown pada Isnin.
Awang (duduk) ditemani Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Zolkefly Md Lazim menyampaikan bantuan kepada Shukor di rumahnya di Teluk Bahang, Georgetown pada Isnin.
A
A
A

GEORGETOWN - [DIKEMAS KINI] Seramai 2.73 juta Orang Berinsurans Bekerja Sendiri (OBBS) berada di seluruh negara dengan 165,271 daripadanya berdaftar dengan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) yang dianjurkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, skim itu menyediakan perlindungan kepada OBBS daripada kemalangan atau penyakit yang berlaku semasa bekerja.

Menurutnya, perlindungan meliputi faedah tunai di samping rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan latihan vokasional.

"Antara faedah tersebut ialah faedah perubatan, hilang upaya sementara, hilang upaya kekal, elaun layanan sentiasa, faedah orang tanggungan, faedah pengurusan mayat dan banyak lagi.

"Bantuan kerajaan di bawah SPSLindung berbentuk pembiayaan penuh seratus peratus caruman SKSPS yang disasarkan kepada golongan 'delivery riders', juga melibatkan caruman Pelan Kedua SKSPS iaitu sebanyak RM232.80 setahun," katanya ketika melawat salah seorang pencarum OBBS, Shukor Hassan di Teluk Bahang sini pada Isnin.

Sementara itu, Shukor, 52, memberitahu diserang angin ahmar selepas terjatuh dari motosikal ketika berhenti di sebuah kedai makan berdekatan rumahnya pada Mac lalu.

Kesan daripada kejadian itu, sebelah badannya tidak lagi mampu bergerak menyebabkan dia hanya terlantar di rumah dan dijaga isterinya, Norazimah Abdul Aziz, 40-an.

"Sebelum ini saya bekerja di hotel, tapi sejak tiga tahun lalu, saya bekerja sebagai pemandu e-hailing. Ketika itu, baru setahun mencarum dengan Perkeso sebagai pemandu e-hailing.

Artikel Berkaitan:

"Saya bersyukur kerana diberi bantuan oleh Perkeso pada hari ini. Secara tidak langsung boleh menampung perbelanjaan keluarga kerana isteri yang tidak bekerja selain dua anak saya masih bersekolah. Seorang anak saya masih belajar di sebuah kolej di Kuala Lumpur," katanya.

Shukor turut menasihatkan orang ramai agar mencarum dengan Perkeso untuk kesenangan masa hadapan sekiranya berlaku kemalangan di tempat kerja atau ketika hendak ke tempat kerja.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!