Pemimpin UMNO berkumpul di PWTC

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Beberapa pemimpin tertinggi UMNO berada di Ibu Pejabat UMNO sejak tengah hari Isnin dipercayai bagi membincangkan keputusan parti itu susulan berakhirnya tempoh 14 hari diberikan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk memanggil sidang Parlimen.

Antara yang dilihat hadir, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Razali Ibrahim dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Media mendapati pengiring bermotosikal Polis Tentera berada di parkir Menara Dato Onn, PWTC dipercayai dinaiki oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Setakat jam 4.30 petang tidak kelihatan mana-mana pemimpin UMNO keluar melalui pintu utama namun pengawal keselamatan di lokasi berkenaan memaklumkan kesemua pemimpin terbabit sudah meninggalkan bangunan tersebut.

Media masih menunggu di pekarangan bangunan itu bagi mendapatkan maklumat lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN:'UMNO beri kerajaan tempoh 14 hari buka Parlimen'

Pada 21 Jun lalu, UMNO mendesak kerajaan untuk memanggil sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari.

Ia susulan pandangan dizahirkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja-raja Melayu supaya sidang berkenaan dilaksanakan secepat mungkin.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!