Vaksin Covid-19: Kerajaan benar tiga orang dalam kenderaan
SHAH ALAM - Kerajaan membenarkan maksimum tiga orang dalam kenderaan termasuk pemandu bagi tujuan mendapatkan vaksin.
Perkara itu diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri sebentar tadi.
Sebelum ini, polis membenarkan pergerakan tiga orang termasuk pemandu kenderaan bagi penduduk yang tinggal di lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang mempunyai urusan perubatan dan vaksinasi.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, penduduk di lokaliti PKPD hanya perlu menunjukkan janji temu di aplikasi MySejahtera, laman web, kad janji temu atau mesej pesanan ringkat (SMS) kepada petugas di lapangan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!