Covid-19 terus melonjak di Indonesia, hampir 30,000 kes dilaporkan

Foto 123RF
Foto 123RF
A
A
A

JAKARTA - Indonesia berterusan merekodkan lonjakan kes positif baharu Covid-19 dengan mencatatkan hampir 30,000 kes baharu, manakala 558 lagi kes kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Menurut data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia pada Isnin, sebanyak 29,745 kes baharu direkodkan hari ini, jumlah tertinggi direkodkan setakat ini sejak kes pertama dikesan pada Mac 2020.

Kes positif keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 2,313,829 dengan 1,942,690 pesakit dikatakan sembuh.

Dari 3 Julai hingga 20 Julai ini, pemerintah Indonesia mengetatkan lagi protokol kesihatan Covid-19 dengan menguatkuasakan Pemberlakukan Pembatasan Kegiatan Masyarakat Darurat (PPKM Darurat) di Pulau Jawa dan Bali. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!