Bersidang demi rakyat bukan untuk diri sendiri

Desakan untuk membuka semula Parlimen telah terjawab apabila kerajaan bersetuju untuk bersidang selama lima hari bermula 26 Julai ini.
Desakan untuk membuka semula Parlimen telah terjawab apabila kerajaan bersetuju untuk bersidang selama lima hari bermula 26 Julai ini.
A
A
A

AKHIRNYA desakan untuk membuka semula Parlimen telah terjawab apabila kerajaan bersetuju untuk bersidang selama lima hari bermula 26 Julai ini.

Ini adalah detik penting kepada kita semua untuk mendapatkan pelbagai jawapan daripada kerajaan berhubung langkah-langkah yang diambil untuk menyelamat negara.

Sejak negara diletakkan di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 telah diwartakan pada 14 Januari 2021, pelbagai usaha telah dilakukan untuk memerangi pandemik Covid-19.

Pada ketika itu, lebih 5,000 kes-kes positif Covid-19 yang dicatatkan di negara ini menyebabkan langkah itu terpaksa dibuat.

Namun selepas enam bulan, kes Covid-19 masih lagi belum menunjukkan sebarang penurunan ketara dan memaksa langkah lebih ketat dilaksanakan menerusi Sekatan Pergerakan Penuh dan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Selangor dan Kuala Lumpur.

Banyak pihak mengkritik langkah-langkah kerajaan yang tidak lagi berjaya untuk dilaksanakan berbanding ketika Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 yang menyaksikan angka kes turun dengan ketara.

Bagaimanapun, langkah serupa tidak lagi berkesan dan menyebabkan strategi lain perlu dilaksanakan untuk memerangi Covid-19.

Banyak pihak melihat bahawa fokus utama kerajaan pada ketika ini ialah dengan memberikan vaksin kepada semua rakyat Malaysia dengan cepat. Memang ini adalah harapan kita semua.

Artikel Berkaitan:

Namun dalam masa sama banyak pihak mahu Parlimen dibuka semula supaya proses semak dan imbang dapat dilaksanakan bagi memastikan langkah-langkah yang diambil kerajaan berkesan atau sebaliknya.

Selain itu juga, pandangan atau idea baharu juga amat penting bagi membolehkan negara dapat segera keluar daripada kemelut pandemik.

Tetapi kita juga ingin melahirkan kebimbangan jika ada usaha untuk menukar kerajaan ketika negara masih lagi dalam keadaan terumbang ambing.

Adalah lebih baik sekiranya, hasrat tersebut dilupakan buat seketika dan semua ahli Parlimen memberikan tumpuan untuk memulihkan negara.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!